Antara perkara yang kita perlu lihat ialah
1.Sirip - ikan betta jantan pada umumnya mempunyai sirip lebih panjang dari sirip betta betina. Sesetengah jenis ikan betta mempunyai sirip pendek, seperti Plakat mempunyai sirip lebih pendek , dan hampir seperti sirip plakat betina
![]() |
Perbezaan yang dapat kita lihat antara Betta Jantan dan Betina |
2. Ciri -ciri bentuk badan betta betina ialah mempunyai "Ovipostor" atau pun bintik putih dibawah perutnya iaitu tempat telur dikeluarkan. Cara yang lain untuk mengenali ikan laga betina ialah apabila ia bersedia untuk mengawan, badannya akan berbelang-belang.
![]() |
Bintik putih yang terdapat pada bahagian bawah perut ikan betina. |
![]() | |||
Badan ikan betina dalam keadaan berbelang tanda sedia untuk mengawan. |
3. Sifat -Ikan betta jantan selalunya lebih agresif berbanding dengan ikan laga betina. Ikan betta jantan tidak boleh bersama didalam satu bekas kerana ia akan berlawan sampai mati.
Tetapi betta betina boleh hidup didalam satu komoditi. Selain itu warna ikan Betta Jantan adalah lebih menarik dari Ikan betina.
![]() |
Sentiasa berlawan apabila bertemu antara satu sama lain |