PENYAKIT-PENYAKIT IKAN BETTA


Clamped fin (sirip menguncup) 


Penyakit ini adalah amat biasa bagi ikan betta
Punca : Air atau suhu sejuk dan kualiti air yang tidak elok


Rawatan: amat mudah kalau kena pada peringkat awal.
1. Tukar air 100%
2. Pastikan kualiti air yang baik, jika air paip biarkan 2 atau 3 hari dalam baldi untuk
    mengurangkan klorin. 
3. Masukkan sehelai daun ketapang kering dan sedikit garam kasar.
4. Letak balang di luar rumah biar kena embun semalaman.letak dicelah2 pokok pun boleh dan
    dibiarkan 2-3 hari.jangan diberi makan semasa proses rawatan ini.

 Penyakit ini jika lewat dirawat akan menyebabkan ikan terkena white spot dan boleh mati.


Penyakit sirip menguncup
 

 Tail rot or fin rot (Ekor atau sirip mereput)

 Simtom: Sirip atau ekor Ikan Betta seolah-olah menjadi lebih pendek dan lebih pendek atau  
              ekornya seolah-olah jatuh dan terdapat warna hitam atau merah di tepi sirip / ekor  
              betta ini. Warna mungkin pudar / pucat.

Punca : air yang kotor akan menyebabkan bakteria dan partikel-partikel merbahaya merebak 
             dalam air

 Rawatan : 1. Tukar air 100%
                2. Masukkan sedikit garam berubat 1 sudu kecil / gal. setiap kali tukar air baru
                3. Tunggu hingga 5 hari jika tiada perubahan, gunakan ubat betta seperti
                      API Tetracycline, API Fungus Cure, API Triple Sulfa, atau API Erythromycin.


http://nippyfish.net/icecream/wp-content/uploads/2011/02/fin-rot.jpg
Sirip dan ekor yang mereput
 

 Fungal Infection (Jangkitan Fungus)

 Simtom : Terdapat tompok seperti kapas putih pada badan atau kepala, lesu, tidak lalu makan,   
               sirip menguncup dan warna badan jadi pucat.

Rawatan : 1. Asingkan ikan sakit dari ikan yang sihat.
                2. Tukar air 100%
                3. Cuci tangki atau balang ikan sebersih-bersihnya dan jemur pada matahari.
                4. Masukkan garam berubat/garam akuarium 1-2 sudu kecil / gelen setiap kali
                    air ditukar.
                5. Jika rawatan ini tidak berhasil, gunakan ubat betta seperti Melafix  juga
                    yellow powder keluaran Jepun dan S1
                6. Tukar air setiap hari dan masukkan ubat anti fungus diatas sehingga sembuh.

jangkitan fungus



 Pop Eye (mata membengkak dan membonjol)

 Simtom : Satu atau kedua-dua mata akan membengkak dan membonjol keluar. Jika tidak dirawat 
                ikan akan mati.

 Punca : Keadaan air yang kotor dan tidak sesuai


Rawatan : 1. Tukar air 100% (gunakan air tapisan)
                 2. Masukkan sedikit aquarium salt atau garam kasar kedalam balang ikan
             3. Tukarkan air setiap hari.
                 4. Untuk rawatan yang efektif disyorkan menggunakan ubat Baktopur keluaran Sera. 

mata ikan membengkak


Penyakit Dropsy
Penyakit ini sering disebut sebagai salah satu penyakit maut bagi Betta. Penyakit ini susah untuk diubati
Simtom utama :  Ikan Betta kembung dan jika anda melihat dari atas, anda akan dapat melihat                           sisiknya terbuka atau kembang. Selera makan juga hilang dan sentiasa 
                         berada di permukaan air.
 Punca :  1. Kualiti air yang tidak elok / kotor, 
               2. Kandungan Ammonia atau Nitrite yang byk dlm tangki
               3. Mungkin dari makanan seperti jangkitan dari cacing hidup. 
              
 Rawatan : Jika dikesan pada fasa awal penyakit ini berlaku mungkin boleh diubati
                  1.  Asingkan ikan ini dari ikan-ikan yang lain.
                  2. Tukar air yang bersih 100%
                  3. Masukkan Aquarium salt (garam akuarium) 1-2 sudu kecil /gelen dan Jungle’s   
                      Anti-Parasite pellets untuk makanannya.
                  4. Tukar air setiap hari dan masukkan garam akuarium setiap kali tukar air baru.
                  5. Anda juga boleh mencuba ubat Arowana Gold untuk rawatan susulan.
 Jika lewat dikesan tiada harapan untuk menyelamatkan ikan anda.

sisik ikan terbuka


Bloated Betta (perut membengkak @ kembung)
Simtom : 1. Ia berlaku kebanyakannya di bahagian bawah perut ikan.
                2. Ikan Betta yang kembung tidak akan berhenti makan dalam kebanyakan kes. 
                3. Ikan akan kelihatan sakit . 
                4. Masalah pencernaan adalah salah satu daripada gejala utama. 
                5. Perut akan kelihatan buncit. 
                6. Ikan akan menjadi kurang aktif atau kerap menyembunyikan diri.
Rawatan : 1. Tukar air ke bersih 100% (guna air tapisan lagi baik)
                2. Kurangkan beri makanan (makanan pellet 2-4 pellet sehari)
                3. Ambil garam ENO tanpa perasa @ garam ORS dan masukkan sedikit
                    kedalam tangki atau balang ikan. Anda  akan dapat lihat tahinya akan 
                    keluar bertali.
                4. Tukar air 1@2hari sekali dan masukkan garam ENO sedikit setiap kali air ditukar. 
                5. Pastikan paras air rendah supaya ikan tidak perlu bekerja keras untuk 
                     mendapatkan udara dari atas.
kembung dibahagian bawh perut

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan blog saya nak mintak pandangan ikan saya ni ada macam ketumbuhan warna putih di badan dan ekor. Adakah penyakit ini serius?apa puncanya?dan boleh suggest cara rawatan sesuai?terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Kedai mana ada jual blood worm kat perlis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kedai kat dgn perumahan polis seriad...kedai dia kat blok blakang bgunnan depan tu...

      Delete
  4. kenapa sisik belakang ikan saya selalu koyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air kotor, pencamaran mengakibatkan bakteria jahat memusnahkan sel ekor/sirip ikan tersebut.

      Delete
    2. Boleh dirawat ke kalau anal fin super red terkoyak?

      Delete
    3. boleh....saya dah cuba guna garam biru, super B black water dengan megaflare untuk tambahan

      Delete
  5. kenapa bahagian abdomen ikan laga saya berwarna merah dan dia tidak aktif . kenapa warna badan ikan saya pudar sedangkan saya beli warna nya cantik ? perlu kan jawapan segera !!

    ReplyDelete